Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Lahir EMAK

Penggal ini genapla umur ibuku 57 tahun. Emak, walaupun dirimu tegas seperti abah. Walaupun kerjaya mu dengan abah sama sebagai seorang Pegawai Polis yang membuatkan mereka tegas, tapi sayangku pada keduanya tidak penah luntur. Walau macam macam yang aku alami sepanjang tumbesaranku. Aku pasrah dan akur. Tanpa pengorbananmu padaKU dan keyakinan yang keduanya berikan padaKU untuk aku terus maju dari hancur ditengah jalan. Aku dah buat yang termampu untuk membuatkan kedua bangga dengan ankmu ini.

Coretan Buat EmakKU


Emak,
Ampuni dosaku

Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami

Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu

Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi seperti mu

Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa

Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan

Kasih sayangnya tetap berkekalan
Doaku untuk mu Emak
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

Jasa dan pengorbananMu
BuatKu sepanjang hayatKu
Tidak mungkin dapat aku balas
dan ku padamu tidak akan hilang sepanjang hayatku

No comments: