Saturday, January 5, 2008

KejayaanKu MilikMu AyahIbuKU

Tanggal 30/12/2003 aku berjaya tamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik & Elektrikal secara Pengajian Luar Kampus (Part Time Students). Masa tu aku masih bekerja di Tan Chong Motor pengeluar kereta Nissan di Segambut KL selama hampir 5 tahun dan sebelumnya di JVC Shah Alam.

Walaupun aku tak pandai dalam SPM, aku gagahkan jua untuk buat HND aku dalam bidang yang aku gemari menggunakan pengalaman kerja yang aku ada sebelum itu. Aku sahut cabaran kedua org ayah ibuku untuk mereka melihat aku seperti adik beradikku yang lain. Mereka lagi bijak dariku. Aku antara yang tersungkur dalam pelajaran. Alhamdulillah aku berjaya jua tamatkan pelajaranku tepat pada masanya melalui sokongan ahli keluarga, majikan lamaku, kawan-kawan seperjuanganku yang sama buat PLK yang majoritinya "Org Lama". Kesungguhan mereka yang buat aku jd lebih bersemangat menamatkan pelajaranKU.

Mak, Abah, Inila satu satunya hadiah yang dapat aku berikan pada MU demi melihat kegembiraanMU. Anakmu ini dah cuba yang terbaik utkMU demi mencapai kejayaan dan kerjaya yang aku miliki sekarang. Tanpa sokonganMu aku tidak mampu lakukan sebegini. Walaupun peristiwa pahit semasa kecilku tidak dapat aku lupakan. kenakalanKu yang buatkan mereka bertindak sedemikian. Aku akur dengan takdir tuhan, Aku bersyukur kerna setiap apa yang ditakdirkan padaku pasti ada makna disebaliknya.





No comments: