Tuesday, December 9, 2008

Dikaula AdikkU



Adik,
Ketika senja menjelma,
Aku mengenang tawamu,
Ku merindui mu,
Merindui ratapan kecilmu.

Adik,
Sejuknya wajahmu mendamaikanku,
Mengenang perkenalan kita dahulu,
Dengan nakal dan rasa lucu,
Membawa tenang hidupku dan hidupmu.

Adik,
Kehendak Tuhan tidak bisa ku halangi,
Takdirmu membawa sejuta kenangan dan terbawa ke alam mimpi,
Jauhmu menyatu ke dalam jiwa dan hati,
Menyebarkan kerinduan ke benak ini.

Adik,
Ku sedari kau tiada disisi,
Hanya kisah kita masih bersemadi,
Kerana persahabatan dan hubungan antara kita kan berterusan selamanya,
Kerana indahnya pertemuan kan kekal dalam jiwa.

Moga Tuhan mengakbulkan apa yg kita bersama impikan.

No comments: