Adikku
Masih segar lagi dalam ingatan ketika dirimu mencari...
erti sebuah kasih sayang dalam diri diriku telah hadir dalam dirimu
dengan membawa seribu pengertian dan menyedarkanku erti sebuah kasih sayang.
Adikku...
Kehadiranmu suatu keberkatan bagiku suatu anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku yang disulami dengan bunga-bunga kerinduan ku terima dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang
Adikku...
Kehadiranmu membuahkan secalit senyuman senyuman yang bisa mengegerkan sekeping hati yang bernama insan kehadiranmu juga telah membangkitkan semangatku... alam yang suram berubah menjadi ceria dirimu telah menerangi kehidupan ini.
Adikku...
Kini kita di pisahkan oleh keadaan kita terpaksa korbankan masa untuk bersama kerana dirimu punyai tanggungjawab untuk mencari ilmu buat bekalan di hari muka
diriku kan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buatmu insan tersayang...
ku yakin suatu hari kan tiba detik kita bersama untuk melayari bahtera kehidupan walaupun kita berjauhan, kan ku ingat dirimu selalu akan ku hargai segala pengorbanan yang kau berikan buat diriku.
Adikku...
I Miss You Forever
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
ermmm, sajak yg baik...
nanti baca ek sajak ni..hehe
Post a Comment