Tuesday, December 23, 2008

Selamat Hari Lahir ABAH

23/12 cukupla genap umur abahku yang ke 59. Segala pengorbananmu padaku tidak mungkin akan kulupakan. Walaupun satu tika dulu abah tegas terhadapku kerana aku anak pertama lelaki. Tidak penah aku lupakan rotanMU, tali pingganMu, Penampar SpringMU, cubitanMU namun aku bersyukur kerana ketegasanmu itu yang buat aku berdisiplin, berjaya dan bekerjaya seperti sekarang. Jauh disudut hatimu aku mengerti perasaan sayangmu padaku. Abah ingin Is jadi orang yg berguna untuk diri sendiri, keluarga dan negara. Abah tak ingin melihat Is tersungkur dalam hidup. Jasa dan pengorbanan abah selama membesarkan Is tak mungkin Is dapat lupakan sepanjang hayat Is abah. Is sayangkan abah sgt sgt. Maapkan Is jika Is ada lakukan kesalahan, membuat hatimu terluka dengan sikapKU. Is akan gunakan masa yang kita ada ini untuk membahagiakan abah dan emak. Is rindukan mak dan abah.

CoretanKu buatMu ABAHKU


Abah
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Di asak embun kota termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri pintu usang

Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah

Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Abah selalu berkisah
Ku tahu pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat

Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu abah menyambutku pulang

Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu

Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu

Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Abah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa

Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada titisan peluhmu
Yang menjadi alas kehidupan keluarga,

Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu

Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke pejabat
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Abah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu

Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ........
Gagal kami temui dalam setiap dakapan.....
Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu.....
Gagal kami dengar dalam setiap doamu

Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri abah
Bertemu bisik hati kami
Betapa kami....tidak mampu pun suarakan
Saat kami menyusun jari di pangkuan mu
Dalam tangisan

Abah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa
Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

No comments: